Mohd Hafiz Bin Mohd Salleh (810350)
ICT (Information and Communication Technology) merupakan komponen terpenting dalam pendidikan di Malaysia pada masa ini. Tanggapan pertama pada guru tentang fungsi ICT di sekolah mengatakan ia bukan perkara utama dalam mendidik ke arah literasi komputer atau kerana teknologi merupakan 'gelombang kepada masa depan'. Namun ia menjadi perkara utama untuk menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran.

ICT merupa
kan 'enabler' kepada praktis pedagogi. Perubahan dalam teori dan praktis pedagogi merupakan elemen asas untuk mengetengahkan ICT sebagai agen utama menghasilkan pengajaran berkesan.

Penggunaan ICT dalam pengajaran Biologi di kelas amat bersesuaian jika dibandingkan dengan bidang-bidang sains yang lain. Biologi banyak melibatkan penggunakaan grafik dan animasi yang mampu menerangkan sesuatu elemen biologi mampu memberi kefahaman yang baik kepada para pelajar.

Berikut adalah artikel yang boleh kita kongsi bersama bagaiman penggunaan ICT yang berkesan
dalam pengajaran Biologi di kelas:


ICT Tools In Biology Education (Dr Katarzyna Potyrala)


Artikel ini menceritakan konsep ICT sebagai bahan bantu pengajaran Biologi dengan mengambil kira pelbagai kaedah dan pendekatan tranformasi kandungan bahan pengajaran Biologi dalam penggunaan ICT. Beberapa bahan ICT terpilih diperkenalkan untuk menceriakan lagi prinsip asas pengajaran dan model kognitif yang digunakan.







USE OF ICT IN TEACHING – LEARNING & EVALUATION (Prof. D N Sansanwal)

Artikel ini mengetengahkan penggunaan ICT dalam pengajaran dengan melihat asas pembelajaran dan penilaian pengajaran.


1 Response
  1. salam cikgu hafiz

    mantap, siap ada huraian, bgus2 =) bru senang nak faham

    add saya http://hafizahasyrani.blogspot.com/

    tenkiuk =)


Post a Comment