Mohd Hafiz Bin Mohd Salleh (810350)
Mohd Hafiz Bin Mohd Salleh (810350)
SUBHANALLAH.... Siapa sangka keunikan ciptaan tuhan ini mempunyai ciri-ciri semulajadi yang sangat menakjubkan. Selain saiz broccoli ini yang sangat besar, tapi yang menariknya ialah pada susunan bentuk geometrinya yang unik membentuk lingkaran spiral yang sama secara logaritma. Susunan ini seolah-olah susunan nombor fibonaci.


Mohd Hafiz Bin Mohd Salleh (810350)


Poster ini telah dihasilkan dengan menggunakan perisian Adobe Photoshop CS4. Beberapa fungsi menarik yang terdapat pada perisian tersebut telah digunakan untuk menghasilkan gambar yang menarik yang tidak terdapat atau amat terhad pada perisian yang lain. Antara fungsi utama yang digunakan dalam menghasilkan poster di atas ialah teknik 'lasso' iaitu 'Polygonal' dan juga 'Magnetic lasso tool's.

Selain dari teknik lasso, juga digunakan kaedah 'blurring' untuk menunjukkan kesan yang hampir sama dengan lasso tetapi bagi perincian yang lebih mendalam dan halus. Teknik pertindihan digunakan dengan menggunakan fungsi 'feather' dan 'refine edge'. Untuk menampakkan kesan artistik lebih menarik teknik 'brushing' turut digunakan.

Diharapkan perkongsian yang amat sedikit ini dapat membantu sesiapa yang berminat dalam bidang photo editing ini....selamat mencuba.
Mohd Hafiz Bin Mohd Salleh (810350)
Buat semua pengunjung blo ini. Di sini saya ingin berkongsi bagaimana menggunakan fungsi "Mail Merge" dalam MS Word.

Fungsi "Mail Merge" ini amat berguna untuk menghasilkan surat yang sama dan perlu dihantar kepada penerima yang ramai dan berbeza. Melalui fungsi ini, kita dapat menghasilkan format surat yang sama dan penerima ramai boleh dibuat serentak tanpa perlu menaip lagi surat baru, hanya

menggunalkan format surat dan kita mampu memperbanyakkan surat tersebut kepada ramai penerima tanpa perlu menaip nama dan alamat penerima tersebut. Hanya dengan fungsi "mail merge" nama dan alamat penerima secara automatik akan dicetak pada surat tersebut. Berikut adalah langkah-langkah menggunakan fungsi ini dengan menggunakan MS Word 2007 atau MS Word 2007:


  1. Pilih pada tab menu "mailing".
  2. Pilih "select recipients",
  3. Pada menu ini anda diberi tiga pilihan :
    "type a new list" , "use existing list" atau "Select from outlook contact".
  4. Bagi yang sudah ada contact list pada MS Outlook, anda boleh terus select dari contact list tersebut, jika belum ada, adan perlu taip list baru.
  5. Anda boleh masukkan maklumat penerima anda dalam pop up window ters
    ebut, malah anda boleh customize mengikut keperluan maklumat yang kita inginkan.
  6. Langkah seterusnya adalah menyediakan surat yang ingin dihantar.
  7. Selepas itu, pada ruang penerima pilih menu tab"mailing" sekali lagi dan pilih "insert merge field".
  8. Pilih maklumat yang ingin dimasukkan dan anda boleh preview apa yang akan keluar semasa printing nanti.
Selamat Mencuba :-)